berita

Garap Penulisan Dengan Lebih Baik, Faber-Castell Hexo Koleksi Pen Wajib Milik Tahun 2021

February 24th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Dalam proses penulisan, mendapatkan sebuah idea yang bernas memerlukan usaha yang keras. “Brainstorm” perlu dilakukan bagi memastikan idea yang hasilkan cukup kreatif dan inovatif.

Kini dengan adanya Faber-Castell Hexo proses mencatit idea tadi menjadi lebih mudah dan yang paling penting, pen dengan kualiti premium keluaran Faber-Castell ini menjanjikan pengalaman menulis tanpa sempadan.

Sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja

Untuk pengetahuan semua, koleksi pen Faber-Castell Hexo ini datang dengan 3 jenis pen iaitu Fountain Pen, Roller Ball Pen dan juga Ballpoint Pen. Korang boleh pilih mengikut keselesaan korang.

Bagi min sendiri, pen sangat penting dalam urusan harian terutamanya bila nak tandatangan dokumen, mengisi borang, menghasilkan penulisan, mencoret idea, menulis diari dan banyak lagi sebenarnya. Yang pastinya semua orang memerlukan sekurang-sekurangnya satu pen dan Faber-Castell Hexo adalah antara koleksi pen terbaik yang semua orang boleh miliki.

Fleksibel & relevan sesuai dengan fungsi dan rekabentuknya yang tersendiri

 

Ballpoint Pen Hexo Black RM 130

Roller Ball Pen Hexo Black RM 160

Fountain Pen Hexo Black (fine, medium, broad) RM 200

Membawa perspektif baru dalam menghasilkan coretan, hasil tulisan kreatif dan lakaran, Fountain Pen Hexo Faber-Castell didatangkan dengan batang aluminium berbentuk heksagon dimana ianya memiliki grip yang lebih baik terutamanya bagi korang yang hasilkan tulisan-tulisan kreatif seperti  tulisan berangkai dan tulisan jawi.

Selain itu, Fountain Pen Hexo juga dilengkapi dengan paku keluli tahan karat separa hitam dengan beberapa pilihan garis lebar iaitu M,F, EF dan B. Korang boleh sesuai dengan tujuan penulisan korang. Disamping itu, untuk edisi fountain pen, korang boleh pilih sama ada nak gunakan dakwat cepat kering atau katrij fineliner.

Berbeza dengan Fountain Pen Hexo, Ballpoint Pen Hexo dan Roller Ball Pen Hexo menggunakan dakwat hitam kekal dengan katrij berkapasiti besar. Walau bagaimanapun, format garis penulisan masih dikekalkan dalam format standard, iaitu menggunakan garis lebar B.

ketiga-tiga pen ini didatangkan dalam tiga kemasan warna iaitu rose gold, perak dan hitam.

Tak kisahlah korang nak beli RollerBall Pen Hexo atau Ballpoint Pen Hexo atau Fountain Pen Hexo yang pastinya ketiga-tiga jenis pen ini akan memberikan korang pengalaman penulisan yang lebih baik selain, memiliki grip yang selesa dan rekabentuk yang elegen.

Jadi, bagi korang yang gemar gunakan pen keluaran Faber-Castell korang boleh grab koleksi awesome ni dekat retail outlet Faber-Castell Suria KLCC, Sunway Pyramid & Mid Valley. Korang juga boleh dapatkan  koleksi Faber-Castell Hexo di semua leading bookstores dalam negara. Nak beli online pun boleh.. korang layari je Faber-Castell Malaysia.

 

SKIP THIS AD ×