Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. secara rasminya melancarkan Roti Gandum Penuh dan Roti Mil Penuh dengan Gandum Ungu Kanada dalam penjenamaan semula di bawah jenama Gardenia Breakthru.
Roti khasiat dan padat dengan tenaga
Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap roti bijirin yang lebih menyihatkan. Roti Gardenia Breakthru mengandungi 8 kebaikan nutrisi dan berkhasiat dengan tanda dagangan 8CTIVE™ serta formulanya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perubahan sikap para pengguna terhadap gaya hidup lebih sihat dan amalan pemakanan lebih baik menjadi penyebab utama untuk Gardenia Bakeries mengeluarkan satu rangkaian roti berkhasiat dan padat dengan tenaga. Paling utama adalah, bagi para pengguna generasi baharu yang mengutamakan kesihatan dan pilihan lebih baik untuk diet mereka, Gardenia Breakthru adalah pilihan yang amat diperlukan.
Menurut Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Puan Ena Suhaila binti Abas, Gardenia Breakthru adalah pilihan tepat bagi rakyat Malaysia sebagai langkah pertama mereka ke arah kehidupan lebih sihat.
Gardenia Breakthru bukan sahaja memenuhi standard ketat Kementerian Kesihatan Malaysia, malah, ia juga diterima oleh kesemua pengguna yang mengamalkan gaya hidup sihat, terutamanya golongan ibu yang mahu menjaga kesihatan keluarga, atau individu aktif yang mahukan pemakanan sihat.
Dato’ Azizul duta Gardenia Breakthru
Sempena pelancaran rasmi, Dato’ Azizul Awang diperkenalkan sebagai Duta Gardenia Breakthru. Sebagai Pelumba Basikal Negara dan pemenang pingat Olimpik, Dato’ Azizul bukanlah seorang yang asing lagi dalam mengatasi halangan dan mengharungi segala cabaran dalam kerjaya dan kehidupan peribadi beliau.
Saya sangat berbesar hati apabila dilantik sebagai brand face dan duta pertama Gardenia Breakthru. Pendirian saya selari dengan values Gardenia Breakthru kerana saya percaya, saya mampu mengatasi setiap halangan, walau betapa sukar dan mustahil.
Menurut Dato’ Azizul, peluang untuk bekerjasama dengan jenama yang mempunyai falsafah yang serupa dengan pegangannya amat menakjubkan.
Saya harap rakyat Malaysia akan mengamalkan semangat breakthrough bersama kami.
Ujar Puan Ena lagi, semangat juang dalam diri Dato’ Azizul menjadikan beliau calon tepat untuk mencerminkan nilai-nilai Gardenia Breakthru.
Kolaborasi kepimpinan melalui teladan antara Gardenia Breakthru dan Dato’ Azizul adalah bertujuan memupuk lebih kesedaran terhadap kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggalakkan mentaliti berdaya tahan melalui janji jenama ini iaitu “Mengatasi setiap halangan.”
Buat pengetahuan korang, Gardenia Breakthru diedarkan secara meluas dan boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.