Di TikTok, gelagat seorang kanak-kanak perempuan ketika menghalang ayahnya untuk pergi bekerja ternyata mencuri tumpuan netizen. Lebih menghiburkan, anak kecil ini mencuba bermacam-macam cara untuk menghalang ayahnya daripada bersiap.
Renyuk baju seragam
@eykasyafika.96 anak ppuan kan ? rapat nan bapak jelahh ? #anakdarasulung
Menerusi rakaman video yang dirakam oleh Eyka Syafika, anaknya itu menangis ketika suaminya hendak keluar pergi bekerja. Bukan itu sahaja, anaknya turut renyukkan baju seragam yang telah digosok. Bahkan, ketika baju tersebut disarung suaminya, anak perempuan mereka masih menarik baju ayahnya. Tambah Eyka, ‘drama’ itu terjadi hanya sekejap sahaja. Selepas suaminya bertolak, anaknya akan sambung bermain dan menonton kartun seperti biasa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat si cilik tersebut. Menerusi video tersebut juga, warganet turut mengakui bahawa anak perempuan sentiasa mahu ‘melekat’ bersama ayah mereka.
Sumber: Eyka Syafika