Perkongsian menantu pelakon dan pengacara, Sheila Rusly iaitu Beatrice Chitra meraih perhatian apabila memuat naik gambar ibu mentuanya sedang tidur.

Artikel Berkaitan: ’12 Tahun Tinggal Di Sini, Baru Tahu Jiran Depan Rumah Rupanya Perompak Yang Menyewa’ – Sheila Rusly

Artikel Berkaitan: ‘Tak Mencacatkan Rasa..Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Jadi Isu’ – Sheila Rusly

Sheila tidur

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Beatrice memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan Sheila sedang tidur di dalam kereta dengan mulutnya yang sedikit terbuka.

Dalam hantaran itu, Beatrice secara berseloroh menulis kapsyen yang mengundang reaksi ramai apabila memuji kecantikan Sheila walaupun ketika sedang lena.

Sesiapa yang rasa mama (nama panggilan Sheila) masih cantik bila tidur sila komen sis.

Maaf mama jangan marah, saya bosan. Dah kenyang makan keropok lekor Terengganu.

Kata Beatrice, kebiasaannya Sheila yang sentiasa aktif di Threads, berkongsi keadaan mereka.

Bagaimanapun, pada kali ini Beatrice berkata dia yang mengambil alih tugas ibu mentuanya.

Biasanya mama yang rajin post dekat Threads, kali ini saya tidak mengantuk jadi sayalah yang post.

Dah bosan dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur tak tahu nak buat apa, muat naik sajalah dekat Threads.

Rata-rata pengikut turut terhibur dengan perkongsian santai itu dan sempat berseloroh menyatakan Beatrice bakal dimarahi keran memuat naik gambar Sheila sedang tidur.

Sumber: Threads