berita

Gelandangan Ditemui Mati ‘Ditemani’ Anjing Jalanan, Rupanya Semasa Hayatnya Suka Beri Binatang Makan

October 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Twitter, tular satu foto yang cukup menyayat hati, apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Ismael Hadi, ditemuai meninggal dunia di samping anjing-anjing jalanan. Menurut info, Ismael, tidak mempunyai sebarang tempat teduh dah hanya tinggal di jalanan. Kisah sedih ini terjadi di Yaman.

Ditemani anjing

Memetik laporan daripada Akurat, Ismael seorang yang terkenal di Pasar Al Dalil, Yaman kerana sikapnya yang sering memberi makanan kepada anjing-anjing jalanan. Setelah menghembuskan nafas yang terakhir, anjing-anjing yang pernah dibantu selama bertahun-tahun ini kelihatan sedih dan tidak mahu berganjak daripada mayatnya.

Kisah Ismael ini telah tular dan menjadi buah mulut warganet. Menerusi foto itu menunjukkan anjing-anjing tersebut kelihatan seperti sedang memeluk Ismael menunjukkan tanda ‘setia’ kepada Ismael yang banyak membantu selama ini.

Kisah inspirasi!

Gambar sekadar hiasan

Walaupun Ismael diuji dengan kesusahan di dunia, namun sikap kemanusiaannya wajar dipuji. Anjing-anjing tersebut membalas budinya dengan kesetiaan menunggu di sebelah mayatnya dengan raut wajah yang cukup menyayat hati.

Ismael merupakan seorang gelandangan jalanan yang tidak mempunyai sebarang ahli keluarga.

Sumber: Nadwa Dawsar Akurat 

SKIP THIS AD ×