Seperti yang kita tahu band terkenal Britain, Coldplay bakal menemui peminatnya di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November nanti.
Sungguhpun begitu, timbul pula pandangan yang seakan mengecam konsert tersebut diadakan susulan penderitaan yang dihadapi saudara Islam di Palestin yang ketika ini perlu berjuang melawan tentera zionis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Daniyal Tampil Beri Pendapat & Penjelasan – ‘Nak Boikot Ikutlah Ulul Amri, Jangan Membabi Buta’
Pergi konsert Coldplay bodoh?
Terbaharu, seorang individu yang dipercayai seorang ustaz tampil memberikan pandangannya terhadap penganjuran konsert tersebut sambil menggelarkan umat Islam yang menyertai dan berhibur ketika konsert berkenaan sebagai seorang yang bodoh.
Menurutnya, sebagai seorang Islam mereka tidak sepatutnya pergi berhibur ke konsert berkenaan sebaliknya perlulah bersimpati dan bersedih dengan penderitaan yang di hadapi rakyat Gaza.
Siapa yang pergi konsert Coldplay ni saya katakan bodoh. Sepatutnya kita umat Islam bersimpati, merasa sedih sengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza dan juga Palestin.
Cuba bayangkan, rakyat Palestin terpaksa menerima penderitaan yang sangat-sangat menyakitkan hati mereka malah anak-anak kecil sejuk dengan linangan darah yang begitu banyak.
Cuba bayangkan juga ibu-ibu dan wanita dibunuh secara sengaja oleh pihak mereka.
Dan ketika benda ini berlaku kita boleh pula ikut sertai Coldplay (konsert) ini sebagai satu hiburan untuk kita.
Individu tersebut turut menegaskan segala perbuatan yang dilakukan umat Islam di Malaysia khususnya akan memberikan kesan kepada rakyat di Palestin.
Mereka (rakyat Palestin) berhadapan dengan peluru-peluru musuh tetapi kita di sini musuh datang dengan konsert sahaja kita dah lemah. Bagaimana kita nak perang?
Takkanlah umat Islam yang berada di sana berasa sedih tapi kita di sini boleh berseronok. Musuh bukan sahaja merosakkan mereka di Gaza, tetapi cuba untuk merosakkan kita di sini.
Ingat, apa yang kita lakukan itu akan memberi kesan kepada mereka di Gaza.
Saya boleh katakan sekali lagi, siapa yang pergi konsert ini telah melakukan satu kebodohan ke atas dirinya sendiri. Dia juga akan terikut dengan stragegi musuh untuk merosakkan diri dia malah kehidupan dia sekali.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan individu tersebut. Mereka berpendapat, penjualan tiket konsert Coldplay telah pun dilakukan dan terjual sebelum berlakunya kemelut di Gaza.
Mereka juga berpendapat tidak semua individu yang bukan Islam itu menyokong tindakan yang dilakukan Israel termasuklah Coldplay yang menyuarakan ketidaksokongan terhadap pihak zionis.
Sumber: TikTok