berita

Gemar Berkurung Dalam Bilik, Ibu Terkejut Dapat Tahu Anak Dirogol 10 Lelaki & Diugut Sebar Video Seks

June 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Perubahan seorang gadis di Indonesia, CS, 16, yang hanya berkurung di rumah membuatkan ibunya curiga sebelum terbongkar dia menjadi mangsa rogol 10 lelaki durjana.

Kisah terbongkar

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, gadis muda ini dikatakan sering muram dan hanya berkurung di dalam biliknya selepas sesi persekolahan dalam talian tamat. Apa yang lebih mengejutkan, apabila ibu kepada mangsa mendapati anaknya menangis namun dia sama sekali tidak menjawab soalan yang diajukan dan seolah-olah cuba mengelak.

Curiga dengan apa yang berlaku, wanita, 51, ini bertindak memeriksa telefon bimbit anaknya secara sembunyi dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat mesej ugutan yang diterima oleh anaknya. Susulan daripada itu, CS akhirnya tampil menceritakan perkara sebenar dan kesemua suspek adalah jiran tetangga mereka sendiri.

Selepas mendengar luahan tersebut, wanita ini bertindak membuat laporan polis dan kesemua suspek telah pun ditahan. Suspek yang ditahan adalah DH (19), APDH (20), BAS (20), RDAM (17), LMS (15), EGFTN (16), MRH (16), ASS (17), JS (16) dan JAH ( 17). Daripada 10 suspek, tujuh antaranya masih di bawah umur dan ketika disoal siasat suspek mengaku telah melakukan perbuatan keji terhadap mangsa.

Ugut sebar video

Sekadar gambar hiasan

Ujar pihak polis lagi, mangsa dan teman lelakinya, MRH mula melakukan hubungan seks secara sukarela pada April 2022 sebelum pemuda berkenaan bertindak merakam aksi mereka. Bagaimanapun, video berkenaan tersebar kepada BAS yang bertindak mengugut mangsa untuk menyebarkan video tidak senonoh tersebut kepada orang ramai.

Takut dengan ugutan tersebut, mangsa akhirnya akur dengan hajat BAS untuk berjumpa pada satu malam sebelum bertindak melakukan hubungan seks. Keesokan harinya, suspek-suspek lain iaitu APDH, RDAM, EGFTN, LMS, ASS dan DH turut mengugut gadis itu sebelum melakukan hubungan seks.

Jika sabit kesalahan kesemua suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan rupa-rupanya mangsa menjadi mangsa rogol 10 lelaki yang merupakan jirannya sendiri.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×