berita

Gembira Dapat Jalan Baharu, Projek Naik Taraf Jalan Buat Penduduk Kg Chuat Lebih Selesa

April 13th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Kemudahan jalan raya bukan setakat penting untuk penduduk di bandar je. Penduduk di kampung dan kawasan pedalaman pun perlukannya. Kemudahan jalan raya di kawasan kampung dan pedalaman boleh bawa perubahan terutama dalam sektor sosioekonomi penduduk.

Baru-baru ni, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Jalan dari Kampung Chuat ke Kampung Bukit Imam Sulong di Bera. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bera sering mendengar keluhan dan rintihan penduduk.

Jalan baharu beri manfaat kepada lebih 200 penduduk Kampung Chuat

Bagi memberi lebih keselesaan kepada lebih 200 penduduk Kampung Chuat untuk meneruskan aktiviti harian, jalan yang lebih baik disediakan kerajaan. Projek menaik taraf jalan dari Kampung Chuat ke Kampung Bukit Iman Sulong di Bera telah membuat ramai penduduk di Bera gembira.

Batin Kampung Chuat, Pigi Amau, 65 berkata, lebih 200 penduduk mampu tersenyum apabila jalan yang sebelum ni kurang memuaskan, tapi sekarang dinaik taraf.

Jalan yang baik sudah lama dinantikan oleh penduduk. Kini, ia menjadi kenyataan selepas dapat bantuan daripada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ni banyak membantu.

“Sebelum ni dapat bantuan rumah dan pelbagai kemudahan asas lain. Kali ni jalan yang lebih selesa dan memuaskan lepas dinaik taraf. Saya bagi pihak penduduk Kampung Chuat mengucapkan terima kasih pada Datuk Seri (Ismail Sabri) yang tak pernah ketinggalan membantu masyarakat Orang Asli di daerah ni”

-Pigi Amau, 65-

Dah lalui jalan pelbagai peringkat, generasi sekarang perlu hargai

Rome Kuchi, 66, yang dilahirkan di Kampung Chuat menegaskan generasi sekarang dianggap bertuah apabila menerima pelbagai kemudahan, termasuk jalan yang disediakan kerajaan.

Menjadi antara penduduk terawal menetap di kampung berkenaan, nenek kepada dua orang cucu ni telah merasai tiga peringkat jalan. Bermula jalan tanah merah, jalan berbatu dan kini, jalan berturap yang begitu selesa.

“Lepas beberapa tahun guna jalan yang kurang memuaskan seperti berlubang dan sempit, namun kini ia berubah apabila dinaik taraf. Setiap hari saya guna jalan ni untuk ke kebun getah yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah”

-Rome Kuchi, 66-

Penduduk perlu menjaga jalan yang disediakan sebaiknya

Sementara itu, bagi Noranun Karim, 34, sebagai generasi muda, kemudahan jalan amat diperlukan untuk ke tempat kerja, memburu dan ke sekolah.

“Saya dan penduduk lain begitu terharu dengan apa yang diberikan kerajaan menerusi agensi berkaitan. Kebanyakan penduduk terharu apabila Ahli Parlimen sentiasa membantu. Masyarakat Orang Asli di daerah Bera begitu terhutang budi dengan Ahli Parlimen yang tak pernah meminggirkan Orang Asli luar bandar.”

-Noranun Karim, 34-

Menurutnya lagi, penduduk kampung perlu turut bersama-sama menjaga jalan yang disediakan. Dia juga mengharapkan lebih banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan kelak.

SKIP THIS AD ×