berita

‘Gembira Mereka Dapat Merasa Susu Formula’ – Kisah Sayu Wanita Kongsi Mi Segera Dengan 5 Orang Anak

August 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ibu bersama lima orang anak yang masih kecil hidup dalam kesusahan sehingga terpaksa berkongsi makan mi segera bagi mengisi perut yang kelaparan.

5 beranak hidup susah

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di akaun Facebook rasmi miliknya. Menurut beliau, wanita yang dikenali dengan nama Puan Farah tinggal bersama lima orang anaknya berusia 6 tahun, 4 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 2 minggu sementara si suami telah ditahan polis kerana menagih dadah.

Saya bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Setiausaha MAIWP dan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP singgah ke PPR Gombak Setia untuk bertemu Puan Farah (bukan nama sebenar).

Alhamdulillah, MAIWP telah luluskan beberapa skim bantuan kepada beliau sekeluarga disamping wang tunai. Gembira anak-anaknya dapat merasa susu formula yang lebih sesuai dan berkhasiat.

Dalam kesempatan itu, beliau berharap agar Puan Farah akan terus tabah dalam mengharungi dugaan hidup kerana MAIWP dan pembayar zakat akan membantunya.

Sumber: Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SKIP THIS AD ×