berita

Gempar Bila Annabelle ‘Jaga’ Stesen MRT! Siapa Punya Anak Patung Ini?

August 1st, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa dua iaitu laluan stesen Semantan ke stesen Kajang telah beroperasi dan lebih ramai penumpang gembira dengan tambang yang dikenakan separuh harga selama sebulan bagi laluan tersebut. Namun beberapa kerosakan kecil berlaku dek kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penumpang.

Semalam, patung yang menjadi watak utama dalam filem seram Annabelle berada di sekitar MRT! Datang dari mana pulak? Gambar tersebut telah dimuat naik di Facebook Rapid KL dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menghantui penumpang

Kepada pelanggan yang dihargai, baru-baru ini kami menerima kunjungan mengejut dari Annabelle. Jaga tingkah laku anda semasa berada di dalam tren kami atau dia akan menghantui anda selama-lamanya

Dua gambar patung tersebut telah dimuat naik dengan kapsyen yang agak seram. Ini mungkin cara Rapid KL untuk memberi kesedaran kepada pengguna MRT lebih menghargai pengangkutan awam tersebut.

Tak kurang juga ada yang mengatakan ini adalah gimik bagi filem patung tersebut yang akan ditayangkan tak lama lagi. Betul ke?

Rajin admin melayan sekarang


Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang faham dengan mesej yang ingin disampaikan oleh admin Rapid KL. Mesej ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna.

Sumber : Facebook Rapid KL

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×