berita

Genap 100 Hari Pemergiaan Arwah Siti Sarah, Shuib Anjur Majlis Tahlil, Cukur Jambul & Aqiqah – ‘Comelnya Ayash Affan’

November 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tanggal 16 November genap 100 hari arwah penyanyi, Siti Sarah meninggalkan ahli keluarganya dan kita semua. Bukan itu sahaja, hari ini juga genap 100 hari usia anak keempatnya iaitu Ayash Affan. Di Instagram, Shuib dilihat menganjurkan sebuah majlis tahlil, cukur jambul dan aqiqah buat arwah serta anak bongsunya itu.

Comelnya Ayash Affan

Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan media itu dilihat sungguh indah dengan kehadiran Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Dalam majlis malam ini, Shuib dan anak-anaknya memakai baju serba putih dan Ayash Affan kelihatan sangat comel dan tersenyum tatkala majlis cukur jambul sedang berlangsung.

Tengah hari tadi, Shuib dipercayai menziarah pusara arwah isterinya. Menerusi posting di Instagram Story, Shuib menggunakan lagu ‘Saat Terakhir’ nyanyian kumpulan ST12 . Rata-rata netizen turut tersentuh melihat posting berkenaan dan mendoakan yang terbaik buat Shuib dan keluarga. Rata-rata kenalan rapat dipercayai masih lagi terkesan dengan kehilangan arwah Siti Sarah. Mereka mendoakan gembira di sana.

Antara video majlis

Sumber video: Petchmono

Selepas pemergian arwah, Shuib dilihat banyak menghabiskan masa bersama anak-anak. Pelawak dan usahawan itu juga turut membawa anak-anaknya pergi bercuti dan beriadah. Mereka sekeluarga dilihat pergi bercuti di Pulau Langkawi. Dalam pada itu, Shuib dilihat komited menguruskan perniagaannya dengan arwah. Instagram arwah juga dilihat masih aktif dan segala aktiviti mengenai anak-anak mereka mahupun perniagaan turut dimuat naik di situ.

Sumber video: Petchmono

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×