berita

Genap 26 Hari Pemergian Siti Sarah, Kata-Kata Shuib Bikin Tersentuh – ‘Boleh Jumpa, Cuma Lain Suasana’

September 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pada 9 Ogos 2021 lalu, industri hiburan Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Artikel Berkaitan: Merangkak Baca Al-Quran, Shuib Tak Malu Mula Dengan Iqra – ‘Kisah Isteri Saya Jadi Asbab Untuk Teliti Bacaan’

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Terbaru, Shuib ada berkongsi video pendek memperlihatkan dirinya pergi menziarahi kubur isteri tercinta.

‘Boleh jumpa cuma lain suasana’

Pada tarikh 4 September 2021, genap 26 hari pemergian penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Tak dinafikan, pemergian Allahyarham bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarga malah seluruh rakyat Malaysia.

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di Instagram, memaparkan Shuib yang mengenakan baju melayu berwarna hitam telah pergi ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak untuk menziarahi kubur Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Walaupun hanya menulis kapsyen yang ringkas, namun maksud ayat tersebut sangat menyentuh hati setiap pembaca. Dari video tersebut juga dapat dilihat wajah sayu Shuib seakan menahan rindu terhadap isteri tercinta.

Boleh jumpa, cuma lain suasana.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen dan rakan artis turut bersedih selain mendoakan agar Shuib dan anak-anak diberi ketabahan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

Video Shuib di IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebaknya…

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×