berita

Merangkak Baca Al-Quran, Shuib Tak Malu Mula Dengan Iqra – ‘Kisah Isteri Saya Jadi Asbab Untuk Teliti Bacaan’

September 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Kehilangan Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberi tamparan yang hebat terutama untuk Shuib sebagai suami. Ujian yang menimpa Shuib sekeluarga membuatkan dirinya semakin dekat dengan agama.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Anak-Anak Sering Tanya Soalan Cepumas Pasal Arwah, Shuib Hilang Kata – ‘Jika Tak Mampu Nak Menjawab, Hanya Air Mata Saja Jawapannya’

Kena merdekakan diri daripada buta Al-Quran

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menyatakan dia kini sedang mendalami ilmu Al-Quran dengan bermula dari bawah iaitu belajar iqra.

Tidak berasa malu, Shuib, 37, berharap yang dia belum terlambat untuk memperbetulkan bacaan ayat suci bersama gurunya, pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Saya nak belajar Al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra. Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca Al-Quran.

Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan Al-Quran.

Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri.. ambil masa dekat dua jam nak habis.

Saya rasa macam.. ya Allah daifnya, bodohnya kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu.. kena merdekakan diri daripada buta Al-Quran.

Shuib berkata demikian ketika majlis forum anjuran Masjid Puncak Alam yang bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.

Turut sama sertai adalah pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

Harap istiqamah dengan anak-anak

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini berharap agar dia kekal beristiqamah dalam mendalami Al-Quran.

Tambahnya lagi, dia juga akan membimbing anak-anaknya untuk menjadikan Al-Quran sebagai pegangan di dunia dan akhirat.

Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun, asalkan pegangan kita ialah al-Quran. Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

 

Sumber: Facebook Masjid Puncak Alam, Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×