Walaupun keadaan politik negara sedang dilanda pelbagai krisis, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak lupa mengenai tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40 tahun.
Menerusi Instagram pasangan pemimpin tersebut, kedua-dua mereka memuat naik ucapan ringkas dan romantik sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan di antara mereka berdua. Sweetnya!
Biar ribut dan badai datang melanda
https://www.instagram.com/p/B9A984kg2Xm/
Menerusi Instagram Dr Wan Azizah, dia memberitahu walaupun pelbagai dugaan dan cabaran datang terhadap suaminya, beliau akan sentiasa berada di sisi suaminya. Beliau juga turut menulis ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat suaminya itu.
Selamat ulang tahun perkahwinan
https://www.instagram.com/p/B9A08TeAi2Y/
https://www.instagram.com/p/B9A9pVMg4lw/
Manakala menerusi Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau turut memberikan ucapan yang sama buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Tambahnya, selama 40 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, isterinya seorang yang sangat baik hati, setia, bersemangat dan sentiasa menjadi kekuatan buat dirinya apabila berdepan dengan sesuatu dugaan mahupun cabaran.
Inspirasi pasangan ni
Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu. Netizen turut menyatakan pasangan tersebut merupakan pasangan yang memberi inspirasi buat mereka.
Sumber: Dr Wan Azizah & Datuk Seri Anwar Ibrahim