berita

Genap 75 Tahun, Ini Sejarah Pengeboman Hiroshima & Nagasaki Yang Buat Jepun Mengaku Kalah

August 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan letupan dahsyat Beirut yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 4,000 orang tercedera setakat ini. Namun masih ingatkan anda dengan tragedi paling dahsyat suatu ketika dahulu iaitu Perang Dunia Kedua yang berlaku selama 6 tahun bermula pada tahun 1939 hingga 1945.

Artikel Berkaitan :  Lebih 70 Orang Terkorban Dalam Letupan, Lubnan Isytihar Darurat

Antara yang menjadi ingatan ramai sehingga ke hari ini adalah pengeboman antara dua bandar Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Amerika Syarikat. Peristiwa pengeboman tersebut merupakan antara sejarah peperangan paling dahsyat yang pernah terjadi dalam dunia ini.

Dua bandar penting lumpuh

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear “Little Boy” dijatuhkan di bandar raya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Inilah satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

Tragedi dahsyat itu menyaksikan dua kota terpenting di Jepun lumpuh sepenuhnya. Peperangan tersebut menyebabkan Jepun menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos melalui pengumuman yang dibuat oleh  Panglima Hirorito yang ketika itu merupakan Panglima Tentera Jepun.

Serangan pertama di Hiroshima

Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki. Malah, amaran tersebut turut disiarkan di radio setiap 15 minit di stesen yang dikendalikan Amerika. Pengeboman ini berlaku kerana Amerika Syarikat percaya bahawa menjatuhkan bom nuklear boleh memaksa penyerahan kuasa dengan cepat tanpa mempertaruhkan korban nyawa rakyat mereka sendiri.

Pada 6 Ogos, Amerika Syarikat menjatuhkan bom pertama dengan nama kecil ‘Little Boy’ di Hiroshima. Serangan itu adalah kali pertama senjata nuklear digunakan semasa perang. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

Sebelum pihak Amerika Syarikat melancarkan serangan bom atom ke atas dua bandar tersebut, mereka terlebih dahulu membuat uji kaji dengan menjatuhkan 49 bom percubaan yang digelar bom labu. Kesan tersebut menyebabkan 400 orang terkorban, manakala lebih 1000 orang tercedera.

Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang yang kebanyakan mereka cedera teruk membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.

Letupan bom kedua di Nagasaki

Pada 9 Ogos 1945 jam 11 pagi waktu tempatan, Amerika Syarikat sekali lagi menjatuhkan bom lain yang disebut ‘Fat Man’ di Nagasaki. Letupan itu bersamaan dengan 21 kiloton TNT. Lebih daripada 40 peratus bandar hancur, dengan 40,000 orang terbunuh. Jumlah itu meningkat kepada lebih 74,000 mangsa dalam beberapa bulan berikutnya.

Selepas enam hari serangan itu, Jepun mengumumkan untuk menyerah kalah tanpa syarat. Pada 2 September, Menteri luar Negeri Jepun, Mamoru Shigemitsu, menandatangani dokumen rasmi bagi mengakhiri Perang Dunia Kedua. Pengalaman perang Jepun telah menyebabkan mereka mengharamkan penggunaan senjata nuklear, malah menghapuskannya terus akibat trauma menanggung kesan bom nuklear.

Genap 75 tahun peristiwa berlalu

Semalam, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Datuk Bandar, Hiroshima bersama-sama mangsa dan ahli keluarga mangsa peperangan berkumpul di Taman Damai bagi memperingati tragedi Perang Dunia Kedua yang ke 75 tahun. Taman ini biasanya dipenuhi dengan ribuan orang untuk ulang tahun, namun kehadiran mereka berkurang dengan ketara tahun ini akibat Covid-19.

Dalam satu ucapan, Hiroshima Kazumi Matsui mendesak dunia untuk bersatu menentang ancaman terhadap manusia termasuk yang berasal daripada senjata nuklear. Malah Setiausaha Jeneral PBB Antonio Guterres meminta semua negara memperbaharui usaha untuk menghapuskan senjata tersebut.

Sumber : Damninteresting, BBC, Wikepedia, Gizmodo, Euronews

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×