berita

Generasi Milenia Terus Digilap, Pentas Mentor Milenia Semakin Panas

November 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Mentor merupakan sebuah program realiti nyanyian TV3 yang tidak asing lagi di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan pada 2005, rancangan tersebut telah melahirkan bintang-bintang hebat seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Fiq Halim, Salma, Black, dan ramai lagi.

Program yang menggamatkan malam hujung minggu korang, Mentor Milenia kini kembali untuk musim tahun ini! Mentor Milenia tahun ini akan dibarisi oleh barisan tenaga pembimbing baharu yang berpengalaman, hebat dan versatil iaitu Akim Ahmad, Stacy, Black, Ernie Zakri dan Hazama. Mesti best!

Mentor dan Protege

Menampilkan format baru

Menampilkan format baru dan memansuhkan proses uji bakat mengikut mentor antara kelainan pemilihan protege bagi tahun ini. Pada peringkat uji bakat, peserta yang hadir akan dinilai juri berpengalaman di lokasi terbabit. Kemudian, 20 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya. Pada peringkat itu, kesemua lima mentor akan membuat penilaian memilih protege mana yang layak bertanding ke pentas Mentor Milenia tahun ini.

Di samping itu, lingkungan umur peserta juga dinaikkan daripada 17 hingga 23 tahun berbanding musim terdahulu iaitu hingga 21 tahun saja. Menurut Penerbit Eksekutifnya Sufian Isa, sebaliknya protege yang terpilih ke Top 20 kelak akan diberi kuasa untuk memilih mentor pilihan hati mereka. Mengenai pengacara, Mentor Milenia menggabungkan dua nama hebat iaitu Elly Mazlein dan Shuk.

Pentas semakin panas

Minggu lalu Mentor Milenia menyaksikan seorang peserta dari protege Stacy iaitu Remy Manaf telahpun tersingkir daripada pertandingan tersebut. Remy merupakan peserta pertama yang disingkirkan kerana minggu sebelum itu tiada penyingkiran yang berlaku. Manakala, protege Hazama iaitu Apex Tajudin telah dipilih sebagai protege terbaik minggu lalu.

Pasti korang tak sabar nak tengok persembahan para protege bagi minggu ni kan? Pasti ada kelainan dan lagu-lagu yang mampu membuatkan korang terhibur. Oleh itu, jangan lupa saksikan Mentor Milenia yang akan bersiaran setiap hari Ahad, selama dua jam bermula 9 malam hingga 11 malam di TV3. Buat korang yang terlepas, korang boleh menyaksikan siaran ulangan di Youtube TV3.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×