berita

[VIDEO] Ini Persembahan Memukau Apex Tadjudin Sehingga Dinobat Juara Mentor Milenia 2019

December 16th, 2019 | by Wan
Video Popular

Protege kepada Mentor Hazama, Apex Tadjudin melakar kejayaan manis apabila dinobat juara Mentor Milenia 2019 semalam. Kemenangan itu menyaksikan Apex menerima hadiah wang tunai RM100,000 tunai berserta trofi dan dua buah motosikal jenis Benelli RFS 150i.

Selaku juara, Apex juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir serta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000 serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Konsisten setiap minggu

Sejak dari minggu pertama, Apex sentiasa menampilkan persembahan yang bertenaga dan konsisten malah menjadi protege pilihan ramai. Video-video persembahan Apex di saluran Youtube TV9 sepanjang 10 minggu beraksi di Mentor menerima jumlah tontonan yang sangat tinggi jika dibandingkan protege lain.

Pada persembahan pertama, Apex menyanyikan lagu Merisik Khabar dendangan Sudirman.

Mahu ubah nasib keluarga

Persembahan duet bersama Hazama menerusi lagu Fantasia Bulan Madu dan Langit dan Bumi merupakan kemuncak kepada persembahan Apex apabila menerima pujian dari juri tetap Altimet, Syafinaz Selamat dan juri profesional Faizal Tahir.

Menerusi laporan Harian Metro, Apex berazam mengotakan janjinya membawa orang tersayang mengerjakan umrah selepas memperoleh wang kemenangan sebanyak RM100,000.

Niat asal memasuki Mentor Milenia 2019, saya nak bawa ibu bapa, isteri, dan ibu mentua mengerjakan umrah. Saya juga ada perancangan untuk buat majlis makan bersama peminat di Terengganu sebagai tanda terima kasih.

Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan.

Tempat kedua menjadi milik Daus Husny manakala tempat ketiga dimenangi Aedy Kama.

Sumber: TV9Malaysia, Harian Metro