berita

‘Geng Kayangan, VVIP Rentas Tak Apa?’ – Netizen Kurang Setuju Hukum Haram Rentas Negeri

May 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa hukum melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah haram.

Artikel Berkaitan: Isu Larangan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, PU Syed Setuju Dengan Pandangan Mufti Wilayah

Hal ini perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan wabak penyakit taun.

Rakyat Malaysia emosi

Foto: ISMAweb

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa dalam hadis juga Rasulullah SAW ada menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat sekiranya mendengar berita mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit. Begitu juga dengan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran).

Walaupun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia seakan tidak berpuas hati dengan situasi yang melanda negara kini. Di ruangan komen Facebook BH Online, netizen mengakui larangan merentas negeri merupakan satu keputusan yang berat untuk diterima lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarga.

Tak dapat digambarkan perasaan rindu yang terbuku di hati. Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan layanan ‘double standard’ ke atas golongan ‘kayangan’ dan rakyat marhaen. Menurut mereka, itu adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan dan setiap rakyat Malaysia perlu dilayan secara adil dan saksama.

‘Harap kampung tak pindah tempat lain’

Sumber: Facebook BH Online

SKIP THIS AD ×