Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa menyifatkan solidariti Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin lebih ‘kuat’ berbanding di Indonesia.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tetap Sokong & Beri Sumbangan, Buat Apa Menunjuk’ – Meerqeen
Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Tampil Jawab Isu Promosi Barangan Boikot – ‘Maaf Atas Kekhilafan Saya & Rakan Artis Lain’
‘Gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia’
Ketika ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Divas & Diamonds yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani akui, turut merasakan impak dalam gerakan boikot seperti #Blockout2024 di Malaysia.
Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia.
Mungkin kerana di Indonesia negaranya besar jadi, ada sebahagian masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing tapi ianya tidak mengurangkan rasa solidariti terhadap Palestin.
Mungkin ada di antara mereka yang bekerja di jenama-jenama tertentu (pro Israel) tidak dapat berbuat apa-apa tapi tidak bermakna mereka tidak menyokong saudara Islam di Palestin.
Dalam pada itu, Rossa, 46, berkata, rakyat Indonesia juga ada mengadakan perhimpunan bagi memperjuangkan nasib rakyat di Palestin.
Apabila ditanya mengenai pendiriannya tentang isu boikot, Rossa berkata dia kini tidak lagi mempromosikan jenama produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.
Saya tidak mempromosi barangan jenama pro Israel. Dia sebenarnya bergantung juga, kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadiri acara mereka.
Sebelum ini, wujud gerakan Blockout 2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Meerqeen, Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.