berita

Geram Anak Buang Air Dalam Seluar, Ibu Cekik & Pukul Anak Hingga Mati

November 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang ibu muda berusia 24 tahun dari Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki membunuh anak kandungnya kerana berang kanak-kanak terbabit membuang air dalam seluar.

Berang anak buang air dalam seluar

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang dikenali dengan nama AS dikatakan telah mendera anak lelakinya yang baru berusia empat tahun. Difahamkan, mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti lambat untuk bertindak balas atau memberi respon terhadap sesuatu perkara.

Difahamkan, suspek berang kerana mangsa tidak mendengar nasihatnya. Jelasnya lagi, dia sudah memberitahu anaknya untuk pergi ke tandas sekiranya mahu membuang air namun kanak-kanak itu seakan tidak ‘faham’ dan membuang air dalam seluar. Suspek yang berang dengan insiden itu terus memukul, mencekik dan menghantukkan kepala mangsa ke dinding rumah.

Reka cerita mangsa jatuh

Foto: Youtube Tribunnews

Selepas mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, suspek bertindak menghantar mayat kanak-kanak malang itu ke rumah adik iparnya. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian mereka cerita kononnya mangsa meninggal dunia kerana terjatuh. Namun segala-galanya terbongkar apabila nenek mangsa berasa curiga selepas melihat tubuh badan cucunya yang dipenuhi dengan luka selain mulut dan hidungnya mengeluarkan buih.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak. Hasil daripada bedah siasat mendapati tubuh badan mangsa dipenuhi dengan lebam akibat terkena objek tumpul. Menurut sumber, sejak berusia 3 bulan, mangsa dibesarkan dan dijaga oleh neneknya sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya baru-baru ini.

Sumber: Tribunnews, Youtube

SKIP THIS AD ×