Acara Anugerah Juara Lagu yang ke-35 yang berlangsung malam ini dilihat cukup meriah. Majlis berprestij itu diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dikendalikan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni.
Artikel Berkaitan :Ramalan AJL35: Ramai Cakap ‘Peluang Kedua’ Bakal Cipta Kejutan, Calon Juara?
Artikel Berkaitan: Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini Tanpa Penonton
Lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Loca B dan Noki dan hasil ciptaan penyanyi ini sendiri bersama Ezra Kong telah merangkul trofi AJL35 sekaligus membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM50,000. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang di AJL35. Tahniah buat semua finalis!
Juara
Kalau tahun lepas, Naim Daniel berjaya merangkul gelaran juara AJL34, untuk tahun ini penyanyi Kaka Azraf dengan lagu ‘Gila’ berjaya merangkul gelaran Juara sekaligus membawa wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi. Walaupun ini mungkin tidak disangka, namun lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong itu diberikan susunan muzik bercita rasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. Sungguh pun begitu, lagu itu bukan sekadar hiburan kosong. Ianya sangat sarat dengan mesej positif.
Naib Juara
Manakala lagu Semalam dinobatkan sebagai Naib Juara AJL35. Kalau tahun lalu, dia mencetuskan kontroversi ketika beraksi di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, namun tahun ini dia berjaya membuka mati ramai dengan kemantapan suara yang mantap. Lagu Semalam merupakan ciptaan sepenuhnya Aina sendiri masih berpegang kepada misi mengangkat isu kemanusiaan dalam karya demi kesedaran umum. Memang terbaik!
Tempat Ketiga
Tempat ketiga tahun ini disandang oleh penyanyi lagenda kita Dato’ Jamal Abdillah dan Wany Hasrita menerusi lagu ‘Belenggu Rindu’. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong hanya memperolehi tempat ketiga dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000. Terbaik!
Vokal Terbaik
Persembahan Erni Zakri dengan nyanyian ‘Gundah’ sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35. Persembahan ini sememangnya antara yang dinantikan oleh ramai peminat untuk memperdengarkan kemerduan suara dan vokalnya. Kemantapan vokalnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai! Penyanyi ini membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Persembahan Terbaik
Tak dinafikan, persembahan yang dibawakan oleh Zizi Kirana dengan lagu ‘Eh, Eh’ sangat kreatif sehingga kami yakin penonton di rumah pasti terpukau dengan bertemakan ala-ala seperti jawa. Penyanyi akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,00 serta baucar Mcdonald selama setahun. Kami di Oh!Bulan mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan finalis AJL35 tahun ini!