berita

‘Gila Kau Dia Cuci Sental Ke Dalam Daging Tu…’

April 5th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan diuji oleh Allah SWT sama ada dalam bentuk kesusahan atau turut dikurniakan ujian kesenangan. Tidak kurang juga ada di antara kita akan diuji dengan kesakitan, ketakutan dan kelaparan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pemuda ini apabila kakinya ditumbuhi ‘Cornfoot’ sehingga memerlukannya untuk menjalani pembedahan. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Hrthssn di laman Twitter miliknya.

Cornfoot

Kaki mula tumbuh akar

Menceritakan kisah itu, Harith memberitahu pada awalnya kakinya itu langsung tidak sakit ataupun bengkak sehingga dia boleh berjalan berkaki ayam sahaja. Tetapi 2 bulan selepas itu, kakinya mula ditumbuhi akar dan lama-kelamaan menjadi lebih teruk. Pada ketika itu, kakinya mula terasa sakit.

Dia kemudian nekad untuk pergi ke klinik dan doktor memberitahu sekiranya keadaan semakin teruk barulah pembedahan akan dilakukan. Tetapi semuanya terlambat dan doktor telah menyarankan Harith untuk berjumpa dengan pakar.

Tisu rosak

Pada 25 Mac 2020 yang  lalu selepas berjumpa dengan doktor pakar, mereka menyarankan Harith untuk menjalani pembedahan dengan membuang tisu yang rosak. Harith akhirnya bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut memandangkan pembedahan itu tidak mengambil masa yang lama iaitu di antara 30 minit hingga 1 jam sahaja.

‘Dia cuci sental ke dalam daging’

Pendarahan dah berhenti

Tambah Harith lagi, keadaan kakinya kini sudah kembali pulih dan pendarahan juga telah berhenti. Tetapi, kesakitan selepas pembedahan pada kakinya itu masih terasa.

Jangan ambil mudah

Sumber: Hrthssn