berita

‘Girl, Nanti Tunjukkan Kat Sis!’ – Didakwa Lukisan Hasil Curi, Ini Respon Sinis Anzalna

April 21st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau sebut sahaja keluarga Nasir pasti kenal dengan adik beradik yang berbakat besar. Bermula dengan Anzalna Nasir, akhirnya adik beradik lain mula menceburi bidang seni yang sama. Tak hairanlah kalau keluarga ini sering menjadi perhatian netizen.

Terbaru, Anzalna meluahkan rasa terkilan apabila lukisannya dikatakan hasil lukisan tangan dari orang lain. Menerusi kapsyen yang dibuat, pelakon itu mahu wanita tersebut tampil memberikan bukti dan akan diberikan ganjaran. Wow tak pernah tengok Anzalna marah.

Cakap i curi

I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! ( nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu! ?) sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain.

Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap i curi! Hahahahhaahhaha bukan hebat mana pun kita lukis! Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting. Ada juga hati yang tak senang.

Pernah menang melukis kat Canada

Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya! Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Canada. Kan dah tercakap! ? Hahahahahah Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video! Penat juga hidup macam ni.. videographer i boleh letak jawatan terus!

Kami tak gaduh pun cuma i juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis! ?#PastikanLukisan100%SamaBilaJumpa #MelukisMestiKenaAdaInspirasiDanRujukan #GoodLuckGirl  #HadiahLumayanMenantiAnda #LOVEYOUGIRL #LepasNiMelukisKenaAmbilVideoIngatTau #Sajejerlayankan

Respon netizen

Sumber : Anzalna Nasir

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×