berita

Gosip : Selebriti Lelaki Popular Sentap Tak Dapat Jadi Pengacara Bersama AF 2014

September 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-08 at 1.37.26 PM

Ha.. syok tak Akademi Fantasia 2014 (AF2014)  semalam? Saya tak berkesempatan pula nak menonton rancangan realiti televison dek kerana sibuk uruskan macam-macam hal.

Tapi, menurut rakan saya, banyak juga komen-komen negatif yang diterima oleh para peserta ya. Ala.. baru minggu pertama, sudah tentu para peserta akan perbaiki kelemahan mereka ya tak?

Eh, tapi saya sebenarnya bukan nak bercerita perihal bakat baru daripada AF 2014 ini, tapi nak cerita sikit mengenai desas-desus yang kami dengar. Katanya, ada pengacara popular sentap sebab tak dapat jadi pengacara bersama AF 2014.

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan oleh kami, kan? Ala.. kalau sebut je nama dia mesti orang ramai kenallah. So, kita bagi hint sikit-sikit je.

Macam ni ceritanya, sumber-sumber terdekat memberitahu pengacara lelaki ni terasa habis bila tak dipilih menjadi pengacara AF 2014.

10659174_745373662201760_1790001295809542005_n

Zizan dan FBI berganding bahu mengacarakan AF 2014

Menurut sumber-sumber tersebut lagi, pengacara ni dikatakan pernah menawarkan diri untuk mengisi kekosongan di rancangan realiti itu dan dia confident akan dilantik memandangkan selebriti ini boleh dikira ‘wajah’ stesen TV swasta berkenaan.

Tapi, sayangnya harapan hanya tinggal harapan sebab seperti yang diketahui umum, Faizal Ismail yang sebelum ini amat sinonim dengan stesen TV lain pula yang dipilih untuk mengelolakan rancangan berkenaan.

Malah, mereka juga memberitahu bahawa pengacara popular itu ada memuat naik status ala-ala kecewa di laman Instagramnya mengenai perkara ini.

Hurm..takpelah. Rezeki tu kan sudah dijanjikan oleh Allah SWT. Mungkin akan ada tawaran yang lebih baik pula akan datang bergolek lepas ni? So, chill lah okay?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×