Apabila tiba musim konvokesyen, pasti ramai yang akan mendengar pelbagai kisah sedih dan gembira di sebalik kejayaan graduan-graduan tersebut.
Terbaru menerusi akaun Intagram Universiti Putra Malaysia, seorang graduan mereka iaitu Suhazli Muhamad telah berjaya memperolehi Ijazah Master Kejuruteraan Perisian pada majlis konvokesyen mereka kali ini. Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Kesukaran untuk bergerak
View this post on Instagram
MESKIPUN berdepan kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa kaki dan tangan yang sempurna, Suhazli Muhamad, 26, cekal dalam pelajaran sehingga berjaya memperoleh Ijazah Master Kejuruteraan Perisian pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42, hari ini.
Tidak mahu pergi sekolah khas
Suhazli, 26, anak bongsu daripada lapan adik beradik yang berasal dari Ketereh, Kelantan tidak pernah menjadikan kecacatan fizikalnya sebagai penghalang untuk menuntut ilmu dan berharap kejayaannya akan menyuntik semangat golongan orang kelainan upaya untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. “Mak dukung saya sejak saya kecil hingga ke sekolah rendah dan tamat SPM. Guru suruh saya pergi sekolah khas, tapi saya tidak mahu sebab ingin terus bersekolah biasa,” ujarnya sebak.
Suhazli berkata dia mula menggunakan kerusi roda semasa tingkatan satu di Ketereh dan mula belajar berdikari semasa menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor.
#UPMConvocation42 #KonvokesyenUPM42 #PestaKonvoUPM42
Tulisan yang cantik
Menerusi Twitter milik anak kepada pensyarah Suhazli, Kahirul Naem, beliau masih mampu menyiapkan ujian statistik tepat pada masanya walaupun beliau telah diberikan masa 30 minit tambahan. Selain itu beliau juga mempunyai tulisan yang cantik walaupun menghidapi kecacatan tangan.
Ucapan tahniah
Sumber: Universiti Putra Malaysia, Kahirul Naem