Sekarang tak kira la nak pergi kerja ke, shopping mall ke atau balik kampung ke, mesti nak drive kereta sendiri jugak. Senang cerita, ramai yang dah gunakan kereta dalam kehidupan seharian. Korang pun tak terkecuali kan?
Kereta ni ada banyak part, tapi paling penting, tayar la. Sebab tayar ni ibarat nyawa kedua selepas brek kereta. Tayar problem, kereta tak jalan beb. Setuju tak?
Apa tanda-tanda korang perlu tukar tayar kereta?
“Stereng dah bergegar, mesti pasal tayar ni”
Memang betul pun. Kalau dah rasa stereng bergegar bila bawak kereta, biasanya punca utama adalah tayar. Mungkin tayar korang dah membengkak. Nak tak nak, kena la pergi kedai dan tukar tayar kan?
“Ish, grip tayar ni macam tak kuat je kat corner“
Ha, ni pun lagi satu petanda. Kalau korang rasa kereta membuai kat selekoh, baik pergi check kat kedai. Mungkin ada masalah cengkaman pada tayar korang. Bunga tayar dah haus kot? Panik dibuatnya bila buat hal kat corner!
Nak tukar tayar, kena pilih betul-betul. Bukan main sembarang je. Korang mungkin tercari-cari tayar yang mempunyai cengkaman yang kuat supaya boleh memandu dengan lebih selesa. Betul tak?
So, tayar jenama apa yang terbaik? Korang mesti nak yang harga bajet kan. Meh kami rekomen satu kat korang..
Tukar ke Velox Sport PT741, cengkamannya memang padu!
Kalau nak tukar, korang cuba la tayar keluaran Petlas, Velox Sport PT741. Berasal daripada Turki, Petlas ialah pengeluar tayar untuk kenderaan tentera di Turki sejak tahun 1976 tau. Sampai sekarang Petlas menyediakan tayar untuk tentera darat, malah tentera udara pun guna tayar Petlas. Power gila.
Paling menarik, Velox Sport PT741 ni ada keunikan tersendiri. Tayar ni dibuat di Eropah tau. Cengkamannya kat jalan memang kuat wei. Serious tak tipu. Kenapa lebih kuat? Ni ha sebabnya..
Rekaan bunga tayar khas untuk kawalan stereng yang baik
Kalau korang nak tahu, design khas pada tayar Velox Sport PT741 ni yang buatkan cengkamannya lebih kuat. Bunga tayarnya pun bukan biasa-biasa. Ia direka khas untuk pengawalan stereng yang lebih selesa. Memang terbaik!
Tiga alur luas pada tayar mengelak air hujan terperangkap
Perasan tak? Ada tiga alur yang luas pada tayar Velox Sport PT741. Sebenarnya, alur ni penting untuk mengelakkan air terperangkap pada tayar. Korang pun tak rasa tergelincir bila memandu kereta ketika hujan lebat.
Garis tengah yang bertindak balas baik di jalan lurus mahupun selekoh
Oh ada satu bahagian ni yang sangat membantu. Garis tengah pada tayar Velox Sport PT741 ni pun meningkatkan cengkamannya pada jalan. Tak kisah di jalan lurus ataupun selekoh. Tindak balas memang superb!
Jenama tayar dengan harga bajet untuk semua. Elok sangat la tu!
Untuk pengetahuan korang, Petlas ni terkenal sebagai Jenama Tayar Bajet! Harganya boleh tahan murah. Berkualiti pulak tu. Recommended, jadi tak perlu risau la. Silap-silap korang boleh belanja member sekali. Hehe.
Make sure tayar baru tu adalah terkini, bukan stok lama!
Kalau nak tukar tayar yang baru, make sure tahun pengeluarannya ialah tahun terkini. Jangan tertipu dengan kedai yang keluarkan tayar lama untuk habiskan stok. Selalunya perempuan yang tak berapa arif pasal kereta ni yang kena.
Ha, tengah check tayar kereta ke tu? Hehe. Kalau nak tukar tayar, tukar ke tayar Velox Sport PT741 keluaran Petlas ni. Pemanduan korang pun jadi lebih selesa. Yay!
Nak info lanjut tentang tayar Velox Sport PT741 keluaran Petlas? Korang klik je kat sini. Jangan lupa like dan follow Facebook Page Petlas Tyres Malaysia di bawah untuk ketahui update terkini mereka.
Memang kena pastikan semua tayar kereta dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan. Tayar dah elok, jangan bawak kereta laju-laju pulak. Patuhi had laju kebangsaan okay?