berita

GSC Sah Tutup 2 Panggung Wayang Di Berjaya Times Square & Cheras Leisure Mall

January 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, Golden Screen Cinema (GSC) memaklumkan dua premisnya akan menghentikan operasi serta merta.

2 lokasi ditutup

Sekadar gambar hiasan

Dua premis yang terlibat adalah GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square yang telah beroperasi sejak 1995 dan 2005. Jelasnya lagi, penutupan panggung wayang tersebut adalah disebabkan keadaan yang ‘mendesak’ ditambah pula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.

Tidak berakhir di situ, pihak GSC turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton setianya selama ini.

Jaga diri, terima kasih.

Kenyataan media

Sumber: Golden Screen Cinema

SKIP THIS AD ×