berita

‘Gulungan Hitam’ Tiba-Tiba Jatuh Dari Siling Bilik Rumah, Bila Dibuka..

November 30th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam perkahwinan, pergaduhan dan salah faham sudah menjadi asam garam bagi setiap pasangan. Melalui perbincangan dan kata sepakat, setiap masalah semestinya dapat diselesaikan.

Namun, lain pula jadinya apabila ada faktor ‘luaran’ yang menyebabkan si suami atau isteri panas apabila bersama. Seperti perkongsian ini, walaupun sudah 9 tahun berkahwin pasangan ini kerap bergaduh. Mereka rasa tidak serasi apabila berada di rumah. Bila disiasat, rupa-rupanya!

Kaki selalu naik gegata

Ni benda tu

Saya dengan suami dah kahwin 9 tahun ada 3 anak. Tapi kitorang selalu sangat gaduh. Sangat-sangat kerap. Lagi-lagi kat rumah. Tapi kalau kat luar, berjalan ke balik kampung ke mostly okay je. Macam-macam benda pelik jadi kat saya kat rumah tu. Saya banyak tepis andaian yang bukan-bukan. Kaki saya selalu sangat kena macam orang cakap muntah jin tu. Yang macam gegata tu. Selalu jadi kalau saya buat kerja dekat dapur. Lepas bersalin anak ketiga tangan saya kena eczema.

Tapi sekarang saya dekat kampung saya dah tak kena kaki gegata tu. Tangan saya dah boleh pegang air sabun basuh baju. Saya macam pelik. Dulu saya anggap kaki saya tu ada kena mengena dengan eczema sy. Maybe kalah dengan peluh ke. Tangan pulak kalau lepas basuh baju tu mesti pijar sangat. Ingatkan kesan sabun tak hilang ke. Saya pernah share pasal eczema dekat tangan saya tu. Saya ubat pakai makan pil steroid. Tapi setahun je. Lepas saya dah confident dengan apa yang saya kena pantang makan or sentuh saya stop.

Menurut wanita ini, selepas bersalin anak ketiga pada tahun 2018, dia mengalami masalah kulit sensitif. Lebih menghairankan apabila berada di kampung dia tidak mengalami masalah seperti yang dihadapinya di rumah.

Lepas bersalin anak ketiga, ‘panas’ dengan suami

Tanda tanya jadi sebab saya kena benda tu lepas bersalin anak ketiga saja (2018). Dulu-dulu tak ada pun. Saya punya panas dengan suami sampai satu tahap. Saya tak ada hati dekat dia. Hubungan suami isteri sampai tak ada perasaan nak pun. Baik dari dia, baik dari saya. Sampai saya rasa kitorg bertahan sebab anak je. Sampai pkp Johor awal bulan 11 tu, saya balik kampung bawa anak-anak. Saya tak tenang ada dengan dia. Benci meluap-luap. Nak minta cerai tapi ayah saya tak kasi.

Dia suruh duduk kampung dulu tenangkan hati. Dari dulu sebenarnya suami cakap dia pernah tanya ustad tapi tak tahu ustad mana, orang tu cakap ada benda kotor orang hantar dekat rumah. Tapi dia pun macam tak ada tindakan seterusnya dan kadang-kadang kitorg okay je so malas pikir sangat. Haritu dia cakap dia ada pergi berubat. Kawan saya (wife kawan dia) pun ada cakap husband dia bawa suami saya pergi berubat. Semalam dia cakap ada benda jatuh dari siling bilik rumah. Siling bilik tu memang ada pecah sikit. Dulu suami terpijak. Tapi pastu tak diganti-ganti. Haihhh.

Hubungan suami isteri juga semakin renggang apabila dia langsung tidak boleh melihat muka suami. Dia berasa sangat benci sehingga mahu bercerai namun dihalang oleh bapanya. Walau bagaimanapun, perbuatan khianat terbongkar apabila ada ‘sesuatu’ jatuh daripada siling rumah.

Ada gambar lama, diconteng

Pastu benda tu yang macam saya sertakan gambar ni. Dia bawa balik rumah ayah saya. Dia suruh ayah saya bukak. Dia cakap dia dah suruh ustad tu buat tuannya datang dekat kitorg. Dalam tu gambar-gambar lama saya dan suami yang rasanya ada dekat fb lama sy. Fb tu dah delete. So saya pun tak pasti betul ke tak dalam tu. Sebab insta saya tak ada, fb lama suami pun dah kena delete. Gambar last tahun 2014 tapi muka anak-anak dia padam.

Muka saya ada tulisan Allah Muhammad terbalik. Dan suruh bercerai bagailah. Ayah saya bakar dan lalukan kat sungai sebelah rumah ni. Family saya cakap cukup kalau dapat tahu siapa itu bonus. Sebab bukan senang nak suruh dia datang balik kat kita. Ayah saya orang niaga. Dia tahu benda ni nak tahu terkena mudah. Nak balas balik biasa guna ilmu salah juga. Ilmu betul biasa memang orang tu akan nasihat tak balas balik. Wallahualam.

Tapi sejujurnya saya masih tekejut. Tak tahu apa nak expect dan saya sampai rasa pelik pun ye. Suami bukan orang senang nak direbutkan. Kami mulakan hidup sama-sama susah. Nak kata orang yang nak kat saya, saya pun tak tahulah. Sebab kawan laki saya yang dulu-dulu semua dah kawin dan masing-masing dah happy ada anak dah pun (saya tahu sebab saya stalk fb dorang) hehe.

Nak kata sedara mara saya baik je dengan sedara kedua belah pihak. Tapi entahlah saya tak berani nak menuduh dan tak nak dah panjangkan hal ni. Dapat tahu si penghantar bonus la kan. Saya tak tahu saya boleh dapat balik rasa rindu, rasa sayang dekat suami tu semula atau tak. Rasanya dah 5 tahun orang tu hantar sebab kat bawah gambar ada tulis 2015. Macam mana benda tu ada dekat siling pun jadi tanda tanya sebab suami pernah naik. Budak yang buat wiring pernah naik. Tak ada pulak nampak pape. Saya sampai wasap budak buat wiring tu tanya balik pasal ni.

Di dalam gulungan hitam tersebut, ada beberapa keping foto lama beserta ‘ayat-ayat’ yang ditulis pada sekeping kertas. Dia sendiri tidak tahu dari mana foto tersebut diambil kerana akaun media sosial lama sudah dipadam.

Sumber: Kami Suri Rumah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×