Sekadar gambar hiasan
Kerap kali orang menyebut Ramadan bulan mulia dan penuh rahmat, juga menjadi saat terbaik berkongsi nikmat rezeki dengan golongan memerlukan.
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada pihak yang didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap umat Islam yang berlumba-lumba ingin melakukan amal kebajikan.
Harga rempeyek cecah RM100?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Wan Azril ada memuat naik foto beberapa poster yang menunjukkan iklan berkonsepkan ‘membeli sambil beramal’. Individu ini mengakui niatnya untuk membeli produk tersebut terbantut setelah melihat harga yang tertera pada poster berkenaan. Antara barangan jualan yang ditawarkan kepada pembeli adalah seperti jus madu, jus buah-buahan, rempeyek dan kudap-kudapan yang lain.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah harga yang ditawarkan memang tak terlintas dek akal. Bayangkan harga rempeyek sebalang mencecah RM100 manakala tiga bungkus serunding dan sambal hitam berharga RM500. Walaupun ianya berkonsep ‘membeli sambil beramal’ tetapi ramai dalam kalangan netizen menganggap harga makanan tersebut terlalu mahal. Malah tidak kurang juga yang mengakui ragu-ragu dengan penjual terbabit.
Scammer rupanya
Berikutan daripada isu itu, seorang individu mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah memaklumkan penjual terbabit dipercayai merupakan seorang ‘scammer’ dan telah mengeksploitasi kanak-kanak dengan mengutip derma serta sumbangan orang ramai untuk kepentingan mereka sendiri. Bukan itu sahaja, scammer ini juga dipercayai telah diambil tindakan oleh JKM kerana membuka pusat jagaan kanak-kanak tanpa kebenaran.
Dalam mensyuarat dengan pihak polis pada bulan lepas, dilaporkan salah satu akaun mereka mengandungi wang berjumlah RM300k.
Sementara itu, orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya golongan tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya ingin bersedekah atau memberi sumbangan, seeloknya carilah saluran yang betul dan boleh dipercayai.
Sumber: Wan_azril