berita

Guna Lagu Viral Menari Dengan Anak Di TikTok, Vince Dedah Lagu Ini Sebenarnya Bawa Maksud Lucah!

June 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dinafikan, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis luar negara mendapat sambutan hangat daripada individu di seluruh dunia termasuklah Malaysia disebabkan rentak iramanya yang sangat menghiburkan.

Namun, kebanyakan masyarakat kita hanya menghayati rentaknya sahaja tanpa mengetahui maksud dan pengisian di sebalik lirik-lirik lagu yang disampaikan. Hal ini kerana, ada sesetengah lagu luar negara mempunyai lirik yang berunsur lucah dan tidak sesuai untuk didengari.

Lagu viral di TikTok

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Mengapa Harus Cinta iaitu Vince Chong telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya dengan menjelaskan bahawa lagu berjudul Touch It nyanyian Busta Rhynes yang sering digunkan oleh pengguna TikTok sebenarnya mempunyai maksud yang tidak baik selain menggunakan perkataan yang berunsur lucah.

For the record, just a second. I’m freakin’ it out.

While she tryin’ to touch, see I was peepin’ it out.

She turned around and was trying’ to put my d**k in her mouth.

I let her

Jelas penyanyi ini lagi, kebanyakan ibu bapa menggunakan lagu ini untuk menari bersama anak-anak mereka di TikTok dan Reels. Dalam kesempatan itu, Vince menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam pemilihan lagu dan mereka perlulah memahami pengisian yang disampaikan dalam sesebuah lagu itu terlebih dahulu.

Vince juga mengakui dia terfikir mahu merakam video bersama anak-anaknya menggunakan lagu ini tetapi dia membatalkan niatnya itu kerana tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan lirik seperti ini.

Maksud tidak baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vince Chong (@vincetogram)

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan rakan artis dan pengguna media sosial meluahkan rasa terima kasih kepada Vince kerana memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung perkara ini. Malah ada di antara mereka juga mengakui tidak tahu lagu viral ini sebenarnya membawa maksud yang tidak baik.

Sumber: Vince Chong

SKIP THIS AD ×