berita

Guna Logo Halal Tak Sah, Pemilik Syarikat Pembekal Daging Di Johor Didakwa

December 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat iaitu Rahman Sheikh Abdullah dan Raihanah Kasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa. Difahamkan mereka telah membuat label dan cap palsu sebelum memasarkan produk tersebut dengan bungkusan baru.

Mengaku tidak bersalah

Pemilik syarikat terbabit iaitu Rahman Sheikh Abdullah dan Raihanah Kassim mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dalam pertuduhan pertama, Rahman dan Raihanah yang juga suami isteri didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Isuzu.

Dalam pada itu, pemilik Raihanah Enterprise juga didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Mitsubishi. Walau bagaimanapun, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan pasangan suami isteri itu telah didakwa pada 1 Disember lalu atas kedua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia.

Dibenarkan ikat jamin 40 ribu seorang

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(A) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Rahman dan Raihanah secara bersama-sama turut didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(B) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, pihak Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Rahman dan Raihanah, bagi pertuduhan kedua memandangkan kes ini wajar dikenakan jaminan tinggi kerana melibatkan logo halal serta menjadi pendebatan di Parlimen.

Namun, peguam Raihanah Entreprise iaitu Noor Liana dan Lau merayu jaminan berkenaan dikurangkan atas alasan syarikat itu masih beroperasi dengan memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri itu menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun. Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu dijamin masing-masing dengan RM40,000 dan seorang penjamin selain menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi penyerahan dokumen

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×