berita

Guna Perkataan ‘Lahabau’ Semasa Kempen, Wakil Rakyat DAP Mohon Maaf – ‘Saya Tak Faham Maksud Sebenar Lahabau’

November 9th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini memohon maaf kerana menggunakan perkataan ‘lahabau’ sebagai sebahagian bahan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Permohonan maaf itu dilakukan Teo Nie Ching menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam.

Toe Nie Ching mohon maaf

Berdasarkan perkongsian itu, Nie Ching mengakui kesilapannya kerana menggunakan perkataan ‘lahabau Melaka’ tanpa memahami maksud sebenar di sebalik perkataan tersebut. Jelas bekas Timbalan Menteri Pendidikan ini, disebabkan larangan ketat untuk berkempen sempena PRN, maka kempen hanya dilakukan menerusi media sosial sahaja.

Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial. Saya cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang boleh didapati di dalam facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.

Berikutan daripada itu, Nie Ching tampil memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dengan penggunaan bahasa dan longat terutamanya semasa berkempen.

Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa. Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka. Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘lahabau’ adalah kata makian yang bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

Sumber: Teo Nie Ching

SKIP THIS AD ×