berita

Guna Teknik Menabung Tepi Mesin Basuh, Pasangan Ini Berjaya Kumpul Lebih Dari RM1k Setahun

August 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Make-It-Senang

Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi korang yang susah untuk menyimpan wang.

Menerusi Facebook Muhammad Hassan, dia berkongsi teknik menabung di tepi mesin basuh sejak setahun yang lalu. Menurutnya, melalui teknik tersebut, dia dan isteri berjaya mengumpul lebih daripada RM1k.

Seluk poket sebelum basuh baju dan seluar

Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling). Tipsnya mudah. Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh. Seterusnya, sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.

Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol. Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung. Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas. Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid. Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.

Saya tak pernah jumpa duit pun

 

Rata-rata netizen berhasrat untuk mengikut teknik menabung pasangan itu. Siap mention pasangan masing-masing di sosial media lagi.

Sumber: Muhammad Hassan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×