berita

Buat Online Bisnes & Simpan 40% Gaji, Wanita Kongsi Tips Beli Rumah Subsale Pada Usia 25 Tahun

March 4th, 2019 | by Hazurin
Kewangan & Pelaburan

beli rumah

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri. Bagi mereka yang mempunyai simpanan yang mencukupi sememangnya tidak menjadi masalah untuk membeli sebuah rumah.

Tapi, bagi mereka yang baru bekerja dan cuba untuk mengumpul duit membeli rumah, mungkin anda boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh wanita ini yang mampu membeli sebuah rumah selepas setahun bekerja.

Umur 25 tahun dah beli rumah subsale

beli rumah

Assalamualaikum..hari ini kak niza nak share tips untuk beli rumah yang kak niza amalkan. Semoga bermanfaat untuk hampa.

Tips beli rumah subsale di usia 25 tahun selepas 1 tahun lebih bekerja lepas grad.

Beli rumah subsales kena sediakan:

  • 10% deposit dri harga rumah
  • Lawyer fee dalam 5k-7k
  • Valution fee dalam 700-800

Cari rumah ‘hot area

beli rumah

Untuk investment:

1. study hot area – untung kak niza sebab kak malia dulu valuer exc so dia tau hotspot area penang – rezeki kita orang, dapat rumah satu blok level je lain.

2. Hari-hari sebelum tidur korang tengok mudah.my atau mana-mana website property cari rumah dekat area yang korang nak.

3. Dah jumpa, deal dengan agent/owner untuk survey rumah. Amil gambar dari luar sampai dalam rumah. Balik korang boleh tilik pikir dalam-dalam. Compare kan harga dengan market value.

4. Bila dah berkenan, masa deal korang kena tanya betul-betul either booking payment refundable atau ak. Sebab bila korang try loan in case tak lulus, burn duit booking if not refundable.

5. Bayar booking (3.18%) skali agent fee.

Kalau nak beli rumah direct owner

beli rumah

Kalau direct owner cuma 3% then korang kena prepare all this document:

  • Salinan ic
  • Payslip 6 bulan
  • Surat pengesahan pekerja
  • Surat pengesahan jawatan
  • 6 bulan bank statement (gaji)
  • EA form– cukai pendapatan
  • Bank statement -saving acc : tabung haji, asb untuk kuatkan financial rekod

Korang boleh submit semua tu dekat banyak bank. Ini nanti agent buatkan. Tapi yang ni kak niza buat sendiri. Nanti loan korang dah approved. Prepare lagi balance 7% untul bayar deposit and 1k at least prepare untuk lawyer.

*Kalau ada EPF akaun 2, boleh keluarkan nanti. Tapi seeloknya kena prepare at least 1k untuk lawyer ‘open filecase korang dulu. Balance korang boleh bayar guna epf akaun 2.

Cara nak simpan duit beli rumah

beli rumah

Tips kak niza saving, start kerja Januari 2017 1 tahun pertama kerja:

1. Saving 40% dari gaji gaji bersih.

Main duit kutu – buat komitmen untuk disiplin duit. Guna balance gaji 60% untuk rumah sewa, makan, minyak, parents.

Tips: kak niza guna keta secondhand, angah tolong belikan cash, bulan-bulan bayar dia balik, rm500/10month- habis 10bulan, duit bayar kereta buat ganti main kutu..kak niza buat komitmen macam tu sebab nanti dah beli rumah tak terasa beban.

2. Side income – online bisnes – jus malika, scrub coffee, perla coffee – buat duit pergi makan-makan, service keta, belanja parents.

3. Duit bonus – simpan, ambil sikit sedekahkan kat keluarga korang. Bagi mereka rasa duit bonus korang. InsyaAllah berkat duitnya.

4. Dapat duit kutu atau untung niaga online, belanja mama abah, beli barang kemas. Kalau tak cukup duit untuk deposit korang boleh pergi gadai barang kemas itu semula.

Nota: Banyak yang kita sedekahkan dalam tak sedar Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita.

beli rumah

5. Desember 2017 kak niza sign up ASB loan dengan maybank ikat loan paling lama 30 tahun nak buat comittment history.

***ada org ckp ASBF ni rugi, depends masing-masing punya pandangan.

6. Nak kuatkan income history korang, masa apply loan attached kan sekali saving korang. Contohnya tabung haji, asb, statement bank gaji, etc.

7. Pastikan tracking loan korang cantik. Jangan pernah miss bayar loan korang, terutama PTPTN.

8. After korang dah settle deposit, loan approved, dah sign LO dari bank, korang just tunggu bagi lawyer buat kerja..korang follow up dengan lawyer. Nak beli rumah ni makan masa lama. Paling cepat pun 6 bulan baru korang dapat kunci, tak pun ke setahun pun ada. Kak niza 11 bulan baru settle semua.

kena banyak bersabar dan berdoa. Sementara korang belum start bayar loan rumah, bolehlah korang saving dulu.

Tanamkan azam korang, rajin baca tips beli rumah.

Sumber: Nur Asmaniza