berita

Guna Zakar Palsu, Kurung & Melakukan Seks Luar Tabii Terhadap Isteri, Nelayan Dipenjara 64 Tahun

July 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Ipoh, Perak, seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara selama 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada April lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Himni Nur Hamid yang berusia 36 tahun itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan oleh hakim.

Menyebabkan kecederaan

Sekadar gambar hiasan

Bapa kepada empat orang anak itu didakwa mengurung, melakukan seks luar tabii dan persetubuhan hingga menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang turut berusia 36 tahun. Di samping itu, tertuduh juga memiliki video cakera padat (VCD) lucah di sebuah rumah di Lumut, pada 16 dan 17 April lalu.

Tertuduh dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii termasuklah menggunakan zakar palsu terhadap isterinya. Selain itu, tertuduh juga akan dipenjara selama dua tahun bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dan setahun penjara bagi dua pertuduhan kerana mengurung isteri serta memiliki 13 keping VCD lucah.

Hukuman bermula hari ini

Sekadar gambar hiasan

Pihak mahkamah memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini. Oleh itu, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan. Susulan daripada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zamani Mohd Radzi memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat kerana kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Mengenai fakta kes, kejadian tersebut berlaku apabila tertuduh menjemput isterinya pulang ke rumah mereka sebelum melakukan keganasan seksual terhadap mangsa. Tidak tahan dengan perlakuan tertuduh, mangsa telah memohon bantuan jiran. Pihak polis mengetahui kes tersebut sebaik sahaja jiran mangsa membuat laporan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×