Tindakan pelakon Puteri Sarah meninggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram milik aktor Indonesia, Andi Arsyil telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Terima Anugerah Ikon Ibu Tunggal – ‘Dia Beri Impak Kepada Masyarakat, Wanita Harus Kuat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Rajin Selalu Tolong Mama’ – Gelagat Syaikhul Cuci Pinggan Curi Perhatian Netizen
Emoji hati
Andi menerusi perkongsian tersebut memuat naik sekeping gambar dengan berlatar belakang sebuah gunung beserta kapsyen mengenai hati.
Gunung itu begitu dalam dan tinggi, seperti hati ini.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Sarah yang bermadah puisi mengatakan tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam hidup.
Tiada gunung terlalu tinggi buat kamu daki, tiada jurang terlalu dalam buat kamu turuni. Nikmatilah hidupmu.
Lebih mencuri tumpuan apabila aktres berusia 38 tahun itu turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna putih pada komen tersebut.
Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehingga timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang bercinta.
Namun, sehingga kini, tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.
Sumber: Instagram