berita

Gurau Tak Bertempat, Kaki ‘Prank’ Berdepan Penjara 5 Tahun Gara-Gara Video Prank Coronavirus

February 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun gara-gara mencetuskan panik kononnya dijangkiti coronavirus di sebuah kereta api bawah tanah di Rusia. Menerusi sebuah video yang viral di Internet, lelaki yang bernama Karomatullo Dzhaborov dilihat tiba-tiba rebah sebelum menggelupur sehingga penumpang melarikan diri.

Rebah dan menggelupur

Memetik laporan Dailymail, pada awalnya, penumpang yang berada berdekatan cuba membantu namun bergegas melarikan diri apabila dia menggelupur kesakitan. Malah, ada suara menjerit menyatakan lelaki tersebut diserang coronavirus. Namun, tidak lama kemudian dia bangun untuk duduk di kerusi kosong yang ditinggalkan orang ramai.

Niat hanya beri kesedaran

Foto : Dailymail

Video kejadian dimuatnaik di internet pada 2 Februari namun tarikh sebenar rakaman masih belum dikenalpasti. Tidak lama kemudian, video prank tersebut telah dipadam.

Disebabkan itu, polis mengeluarkan waran tangkap dan suspek ditahan polis pada Isnin. Pihak polis juga mencari dua lagi suspek yang dikatakan bersubahat menjerit amaran coronavirus sehingga mencetuskan panik.

Menurut peguam kes, suspek menyerah diri selepas waran tangkap dikeluarkan. Suspek sendiri tidak menyangka video tersebut adalah salah dan dia hanya berniat mahu memupuk kesedaran orang awam mengenai coronavirus.

Katanya lagi, suspek sebelum ini sudah banyak merakam video mengenai pelbagai topik yang penting untuk masyarakat. Niatnya hanya mahu orang ramai sedar mengenai kepentingan penutup mulut dan hidung (masks) untuk melindungi diri daripada virus.

Sumber : Dailymail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×