Gadis ini berkongsi pengalamannya di sebuah pejabat. Dan dia merasakan gangguan seksual dalam kalangan rakan sekerja seperti menjadi satu budaya dan sesuatu yang boleh dijadikan lawak jenaka.
Konon tersentuh, terpegang & terpeluk staf perempuan.
“Tiada siapa mahu bersuara & menegur!”
Budaya bergurau lucah dan isu sebegini tidak patut dijadikan sebagai sesuatu yang normal dalam kalangan kita. Bagaimana kalau ianya terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita? Mesti kita tak suka kan? Sama-sama kita renungkan.
Kredit : Nur Hafizah