
Baru-baru ini, tular satu kes apabila seorang guru agama didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan pelajar di sebuah pondok pesantren di Kabupaten Pati, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir
Artikel Berkaitan: Ustaz Cabul, Paksa Anak Angkat & Anak Saudara Buat Hubungan Seks
Guru agama cabul 50 pelajar, ada yang hamil
Memetik laporan Tribunnews, peguam kepada mangsa iaitu Ali Yusron mendakw kes itu dipercayai telah berlaku sejak beberapa tahun lalu sebelum mula dilaporkan kepada pihak berkuasa pada tahun 2024.
Difahamkan, jumlah mangsa dianggarkan antara 30 hingga 50 orang, kebanyakannya merupakan pelajar perempuan berusia sekolah menengah rendah (SMP).
Pelaku WhatsApp mangsa pada pukul 12 malam, minta teman dia tidur. Mangsa menolak. Tapi diugut, kalau tidak menurut, akan dikeluarkan dari pondok.
Tempat pertama di ruangan seperti pejabat dan yang kedua di sebelah bilik isterinya.
Ali berkata, kejadian itu didakwa berlaku berulang kali termasuk melibatkan lebih daripada seorang mangsa pada masa yang sama dan berlaku di beberapa lokasi dalam kawasan pondok.
Tidak terhenti di situ, terdapat juga dakwaan bahawa seorang mangsa hamil akibat kejadian tersebut, sebelum kemudian dikahwinkan dengan individu lain bagi menutup perkara itu.
Pihak peguam menyatakan sekurang-kurangnya dua mangsa telah bersedia menjadi saksi dalam siasatan.
Bagaimanapun sehingga kini, suspek masih belum dikenakan tindakan dan dilaporkan masih bebas.
Sumber: Tribunnews