Saksi kemalangan maut membabitkan seorang guru Al-Quran mendedahkan jenazah berada dalam keadaan bersih dan tidak mengalami sebarang pendarahan ketika insiden berlaku.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Satar Pesan Pegang Teguh Pada Al-Quran & Sunnah, Akui Dunia Semakin Mencabar – ‘Kalau Ikut, Confirm Tak Sesat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sokong Niat Ceddy Mahu Mendalami Al-Quran – ‘Semoga Dipermudahkan Untuk Pelajari Tentang Islam’
‘Semoga kau tenang dik’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, kakak kepada Allahyarham Muaz masih terkilan dengan pemergian adiknya.
Ujarnya, saksi melihat arwah dalam keadaan seperti sedang tidur dan tiada pendarahan yang berlaku.
Ada saksi bagitahu mayat adik sangat bersih. Hanya luka di dagu.
Saksi lain pula kata arwah adik seperti sedang tidur.
Walaupun hentaman kedengaran kuat, tapi pertama kali tengok kemalangan tanpa darah.
Kakak arwah atau dikenali sebagai Hajar Abdullah memberitahu pemergian arwah Muaz sangat mudah. Seharian sebelum kemalangan, hidup arwah dipenuhi dengan mengajar orang mengaji di masjid.
Semalam arwah cakap dia baru lepas syahadahkan pelajar Tahfiz. Seharian dia mengajar orang mengaji.
Moga syurga buatmu adik. Pengakhiran kau baik. Maka, tenanglah kau di alam sana. Semoga kita bertemu lagi.
Sumber: Facebok Hajar Abdullah