Setia berkhidmat dengan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sejak mula berkhidmat sebagai seorang guru sehingga bersara, bekas pelajar TKC menghadiahkan seorang guru sebuah Perodua Aruz pada hari persaraannya.
Kereta dibayar ‘lump sum’ oleh bekas pelajar
Seorang pengguna Twitter, @twt_bajet dalam satu hantaran berkongsikan tentang seorang guru yang menerima sebuah Perodua Aruz daripada kumpulan bekas pelajarnya sebagai hadiah hari persaraan.
Bekas pelajar TKC memberikan sumbangan hadiah Perodua Aruz kepada Cikgu Ahmad sempena persaraan beliau.
Jasa seorang guru tidak terkira nilainya pic.twitter.com/F59Fvi9ppU
— Twt_Bajet (@twt_bajet) December 13, 2021
Menerusi balasan yang diterima Tweet tersebut, guru yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad itu merupakan seorang guru mata pelajaran Matematik Tambahan yang sangat berdedikasi, penyabar, disenangi dan dia meninggalkan kenangan manis kepada pelajar-pelajar yang pernah diajarnya.
Menurut pengguna Twitter @yaye_zaini, kereta tersebut dibayar secara ‘lump sum’ oleh kumpulan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dari tahun 1980 sehingga 2021.
Katanya, Cikgu Ahmad setia berkhidmat dengan TKC malah menolok tawaran menjadi seorang Pengetua dan mengakhiri perkhidmatannya sebagai seorang Penolong Kanan Akademik di TKC.
Buat yg tanya kereta ni students bayar deposit saja ke atau lump-sum, jawapan dia bayar lump-sum. Students dari batch thn 1980 sampai thn 2021 kutip duit belikan kereta utk cikgu sbg hadiah persaraan. https://t.co/aAImtBwmqV
— Yaye (@yaye_zaini) December 13, 2021
Sumber: Twitter