berita

Guru Bertinju Demi Masa Depan Pelajar

August 23rd, 2012 | by Ai
Hollywood

“Here Comes the Boom” merupakan filem arahan Frank Coraci bergenre komedi dan ia banyak menceritakan tentang kehidupan di sebuah sekolah tinggi.

Filem ini mengisahkan tentang Scott Voss, watak yang dilakonkan oleh Kevin James, di mana dia merupakan seorang guru biologi di sebuah sekolah tinggi yang ingin berjuang untuk mendapatkan wang bagi menghalang pembubaran aktiviti kokurikulum di sekolah tempat dia mengajar. Dia terpaksa masuk pertandingan tinju semata-mata untuk mendapatkan wang. Berjayakah guru biologi ini berjuang untuk meneruskan aktiviti kokurikulum di sekolahnya?

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa menonton filem Here Comes the Boom di pawagam berhampiran pada 20 Disember 2012 yang akan datang. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Kevin James, Salma Hayek, Charice dan Henry Winkler.

Mari layan trailer filem Here Comes the Boom!