berita

Guru Buat Video Tiktok Uji Pelajar Sebut Perkataan Bahasa Inggeris Dipuji, Rupanya Kita Pun Selalu Salah!

February 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Memilih aplikasi TikTok sebagai medium untuk berkongsi ilmu, seorang guru yang dikenali sebagai Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, berjaya mencuri tumpuan masyarakat di Malaysia.

Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan ini sering memuat naik video pelajarnya yang diuji menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, para pelajar dan masyarakat dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Terbaik!

Niat berkongsi ilmu secara santai

Menerusi TikTok Ahmad Shahrul, dia memilih beberapa perkataan yang sukar dan jarang disebut oleh para pelajarnya. Antara perkataan yang dipilih olehnya ialah fiance, connect, respect, bury, vegetable dan lain-lain lagi. Setiap pelajarnya akan diuji terlebih dahulu untuk menyebut perkataan yang dipilih. Rata-rata daripada mereka kelihatan agak sukar menyebut perkataan yang dipilih. Di akhir video Tik Tok berkenaan, Shahrul akan memperbetulkan kesalahan sebutan para pelajar dengan cara yang betul.

Menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Shahrul memberitahu bahawa dia membuka akaun TikTok bermula akhir November lalu dengan niat untuk berkongsi ilmu secara santai dengan pelajar di platform tersebut.

Memang ada perasaan malu untuk ketengahkan diri pada awalnya, tetapi kini tidak lagi selepas melihat penerimaan pelajar yang seronok serta menyambut baik percubaan saya. Malah, mereka memberi inspirasi dan idea kepada saya untuk terus memuat naik video dalam bentuk kreatif.

Ajar cara sebutan yang sebenar

Mengulas lebih lanjut berhubung kandungan video dimuat naik, Shahrul berkata kebanyakannya membabitkan pelajar tingkatan lima dan rakaman tersebut dibuat selepas waktu persekolahan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tabiat saya adalah mencatat perkataan disebut salah oleh pelajar dan kemudiannya menguji mereka untuk menyebutnya. Di akhir video, saya akan menyebut perkataan itu dengan cara sebutan sebenar dan daripada situ, mereka dapat belajar sekiranya melakukan kesilapan. Saya lihat mereka benar-benar seronok untuk belajar dengan cara sebegini hingga tidak malu, sebaliknya bersemangat turut serta dalam cabaran kerana tahu ramai menonton video berkenaan.

Shahrul turut meluahkan rasa syukur kerana ibu bapa para pelajarnya memberi respon yang baik di ruangan komen. Bahkan, pihak sekolah termasuk pengetua tidak halang niat baiknya itu.

Sumber: Sir Asai & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×