berita

Guru Mengaji Guna Kisah Nabi Luth Untuk Cabul & Liwat 17 Anak Murid

June 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang guru mengaji di Garut, Jawa tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul serta melakukan penderaan seksual ke atas 17 orang pelajarnya sendiri.

Artikel Berkaitan: Susah Duduk & Sakit Bila Berjalan Bongkar Pelajar 17 Tahun Diliwat Cikgu Di Rumah Sewa

Kisah Nabi Luth sebagai modus operandi

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribune News, guru yang dikenali sebagai Aep Saepudin, 50, itu menggunakan kisah Nabi Luth sebagai modus operandinya sebelum mula melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Menurut peguam bela kepada Saepudin, Sony Sanjaya, suspek pada awalnya mengaku tidak bersalah namun selepas beberapa kali disoal pihak polis, dia kemudiannya mengaku melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap pelajarnya sejak dari 2021 lagi.

Dari pengakuan dibuat Saepudin, dia menceritakan kisah Nabi Luth kepada kesemua mangsanya sebelum bertindak mencabul serta meliwat mereka.

Suspek juga dikatakan melakukan aksi tersebut sambil diperhatikan oleh mangsa-mangsa yang lain.

Dalam pada itu, Sony menafikan dakwaan yang mengatakan suspek merupakan guru palsu kerana beliau merupakan seorang yang benar-benar mempunyai ilmu agama.

Ketika ini, siasatan ke atas suspek masih lagi berjalan dan fail siasatan terhadap kes ini masih lagi ditunggu sementara perbicaraan bakal dijalankan kelak.

Sumber: Tribune

SKIP THIS AD ×