berita

‘Tiada Penangguhan, Hanyalah Perlu Persediaan’ – Guru Tahfiz Meninggal Dunia Ketika Azan

January 10th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang meninggal dunia selepas rebah ketika azan Zohor berkemundang. Arwah, Muhammad Faisal Yaakub, awalnya memaklumkan tiba lambat ke mesyuarat namun ditakdirkan meninggal dunia sebaik sampai.

Rebah depan pintu mesyuarat

Menerusi Harian Metro, Pengetua MITS, Abdul Halim Saljadi memberitahu arwah ada memberitahu guru lain menerusi pesanan Whatsapp bahawa dia akan tiba lambat ke mesyuarat.

Tidak lama kemudian arwah datang dan tiba-tiba dia rebah di hadapan pintu bilik mesyuarat ketika azan Zuhur berkumandang. Staf yang berada di luar menjerit meminta pertolongan dan kami mendapati muka arwah kemerahan-merahan dan kejang kemungkinan sedang nazak.

Disenangi semua orang, kehilangan arwah turut dirasai kenalan apabila ramai yang hadir menziarahi di hospital dan di rumah.

Pesanan suami

Isteri, Nurul Izzati Nazirmuddin pula berkata suami sering mengingatkannya supaya selalu membuat amal kebaikan kerana tidak pasti bila akan dijemput ‘pergi’.

Setiap hari arwah berpesan kepada saya supaya banyak melakukan amal ibadat dan kebaikan kerana kita tidak pasti bila akan dijemput Ilahi.

Kita tidak tahu amalan mana yang Allah SWT terima di sana nanti.

Sepanjang perkahwinan, arwah seorang yang ceria dan terlalu baik. Dia tidak pernah menolak kalau sesiapa yang meminta pertolongan malah dia akan melakukan dengan sebaik mungkin.

Katanya lagi, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria seperti biasa. Dia juga tiada sebarang tanda penyakit termasuklah serangan jantung atau tekanan darah.

‘Tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’

Tambahnya lagi, dia berasa sedih terkenangkan bayi yang dikandungnya tidak sempat bertemu bapa.

Setiap kali pulang ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan, arwah akan menziarahi kubur bapanya. Pada 21 Disember lalu, arwah memuat naik gambar menziarahi kubur dalam Facebooknya yang menulis status ‘Setiap permulaan pasti ada pengakhiran… tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’.

Status ini menunjukkan arwah meminta kepada sesiapa membuat persiapan sebelum kematian datang menjemput.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketoyong, malam kelmarin.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×