berita

Guru Terkejut, Jumpa Nota ‘Berahi’ Murid Perempuan Darjah 4…. Ya Baru Darjah 4!

June 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: The Sun

Memang tak dinafikan, penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak di bawah umur adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu bapa. Hal ini kerana, kebanyakan kandungan yang terdapat dalam media sosial adalah tidak ditapis sehingga boleh memberikan pengaruh negatif kepada anak-anak.

Terbaru, seorang penceramah bebas iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi ada memberi pendapatnya mengenai ‘nota’ yang ditulis oleh seorang kanak-kanak. Boleh dikatakan isi kandungan nota tersebut tidak sesuai dengan umur si penulis!

Baru darjah 4 dah ‘pandai’

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Akhi Fairuz memuat naik sekeping foto yang memaparkan sehelai nota yang tertulis ‘I love you, jom main kondom dalam tandas’. Lebih mengejutkan apabila mengetahui nota tersebut sebenarnya ditulis oleh seorang murid perempuan yang baru berusia 10 tahun. Tak masuk dek akal! Umur baru setahun jagung tapi sudah berfikiran seperti orang dewasa.

Entah dari mana anak ini belajar. Melalui media sosial? Perbualan bersama kawan? Porn? Pernah jadi mangsa? Kesian sangat.
Kadang tu kita rasa anak kecil lagi untuk tahu benda-benda sebegini. Tapi realitinya terlalu banyak perkataan yang anak dengar di sekeliling mereka; kondom, rogol, seks, malam pertama, malam jumaat, jolok, romen, fu*k dan lain-lain.

Jelas Akhi lagi, bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada terus ‘merebak’ dalam kalangan mereka yang dibawah umur, ibu bapa perlulah memainkan peranan masing-masing dalam mengajar anak-anak tentang pendidikan seksualiti.

Jika guru atau ibu bapa berhadapan situasi ni, please jangan marah atau pukul anak. Jumpa budak ini secara berdepan, tanya baik-baik, tunjukkan rasa empati dan bantu apa yang patut. Jika ada berlakunya perbuatan jenayah di situ, kena buat laporan polis atau hubungi talian Kasih 15999.

Nota ditulis budak umur 10 tahun

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

SKIP THIS AD ×