Gambar sekadar hiasan
Seorang guru tuisyen telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan mencabul dan merogol seorang gadis berusia 16 tahun sejak sembilan tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Artikel Berkaitan: Ibu Muda Dirogol Abang Angkat Suami, Kejadian Berlaku Di Depan Bayi 8 Bulan
Dicabul sejak kecil
Gambar sekadar hiasan
Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Anil Pardeshi mengusahakan kelas tuisyen bersama isterinya di Mumbai, India.
Suspek mula mencabul gadis berkenaan ketika mangsa berusia enam tahun. Lebih parah lagi suspek mencabul mangsa hampir setiap hari selama sembilan tahun.
Kepercayaan bapa mangsa terhadap suspek telah membuatkan dia bertindak mencabul mangsa dalam tempoh yang begitu lama sehingga menyebabkan gadis tersebut enggan memaklumkan perkara sebenar kepada ahli keluarganya.
Risau perbuatannya terbongkar, suspek memaksa mangsa berhenti sekolah dengan menyakinkan bapanya bahawa sekolah adalah pengaruh yang tidak baik.
Rakan membantu
Gambar sekadar hiasan
Setelah lama tidak hadir ke sekolah, rakan-rakan gadis tersebut datang ke rumah untuk menjenguknya. Mereka kemudian menyaksikan suspek menjerit dan memaki hamun mangsa.
Gadis itu bertindak membongkarkan kepada mereka tentang penderaan dan penyeksaan seksual suspek selama bertahun-tahun. Dalam masa yang sama, rakan-rakannya memujuk mangsa untuk memberitahu bapanya dan membuat laporan polis.
Guru berusia 55 tahun itu kemudian ditangkap dan dihantar ke tahanan kehakiman selepas ditahan di balai polis.
Sumber: India Today