Foto: Harian Metro
Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan lapan sebatan terhadap seorang pekerja kedai langsir kerana merogol remaja kurang upaya (OKU).
Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Dirogol Gara-Gara ‘Termakan’ Ayat Manis Jejaka Di Aplikasi Dating, Diancam Sebar Gambar & Video
Artikel Berkiatan: Budak 12 Tahun Diperkosa Bapa Tiri 14 Kali, Mak Pula Tak Endah Takut Ditinggal Suami
Tiga kesalahan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Asmirul Shaqirin Sazali mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat atas kesalahan merogol, meliwat dan melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di Kluang.
Dia (mangsa) minta tolong tapi kamu tidak layan, kenapa sampai tergamak kamu memperlakukan sedemikian terhadapnya?Tidakkah ada simpati ke atasnya?
Tertuduh dilaporkan melakukan semua kesalahan tersebut pada 8 Julai lalu di antara jam 8 hingga 9.30 malam di hadapan sebuah kedai makan.
Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang membawa kepada hukuman penjara 30 tahun serta sebatan.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan manakala bagi Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dia boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.
Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan untuk kesalahan merogol. Bagi kesalahan meliwat tertuduh dihukum enam tahun penjara dan dua sebatan manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal.
Dalam pada itu, mahkamah juga mengarahkan kesemua pertuduhan dijalankan secara berasingan iaitu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 9 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir bertindak melakukan pendakwaan manakala tertuduh berusia 27 itu tidak diwakili peguam.
Sumber: Harian Metro