berita

Cabul 3 Budak Lelaki Bawah Umur, Pancing Mangsa Dengan Baucer ‘Online Game’

July 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Tiga orang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki selepas mereka diumpan dengan baucer permaianan atas talian.

Artikel Berkaitan: Lelaki Gatal Cabul Pelajar Perempuan Dalam Bas, Polis Giat Kesan Suspek

Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki ‘Gatal’ Tunjuk Kemaluan & Cuba Mencabul

Guna modus operandi sama

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Telukbatang Selatan, Indonesia kerana didakwa mencabul tiga orang kanak-kanak bawah umur.

Menurut Ketua Polis Daerag Telukbatang Selatan, Adit Priyanto berkata sebelum mencabul mangsa, suspek telah memperdaya mereka dengan baucer permainan atas talian serta memberikan mereka duit upah.

Dalam pada itu, polis mendedahkan bahawa suspek juga sering melakukan perkara terkutuk di rumahnya semasa dia tinggal bersendirian dan melakukan modus operandi yang sama terhadap semua suspek.

Suspek mengadu kepada mangsa bahawa dia sedang sakit dan memerlukan bantuan. Setelah mangsa terperangkap, suspek kemudian bertindak mencabul mereka.

Suspek kemudian dengan berani telah mencuba untuk mencabul mangsa sekali lagi namun gagal setelah ibu bapa mangsa mengambil tindakan.

Kes ini diketahui daripada salah seorang ibu bapa mangsa yang melaporkan bahawa suspek mahu melakukan perbuatannya itu dengan berjumpa mangsa di sekolah.

Susulan itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis pada 11 Mei lalu ketika menunggu mangsa di hadapan sekolah dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Telukbetung Selatan untuk siasatan lanjut.

Mangsa akan didakwa mengikut Perkara 82 Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan jika didapati bersalah boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun.

Sementara itu, ketiga-tiga mangsa yang masih bersekolah rendah kini berada dalam keadaan trauma dan ketakutan.

Sumber: News.okezone

SKIP THIS AD ×