berita

‘Guys, Kakak Kajol Reply I’ – Sharifah Amani Teruja Kajol Balas Pertanyaan Di Twitter

May 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Kajol pasti semua sudah mengenali wajah cantik pelakon Bollywood yang sangat digilai ramai termasuklah rakyat Malaysia.

Terbaru, pelakon dari Malaysia iaitu Sharifah Amani meluahkan rasa teruja dan gembira apabila aktres Bolloywood tersebut menyedari dan membalas pertanyaannya di Twitter.

‘Watak saya suka adalah Anjali’

Menerusi perkongsian tersebut, pada awalnya Sharifah Amani mengajukan soalan kepada Kajol dengan menggunakan #AskKajol. Dalam tweet tersebut, Sharifah Amani menanyakan tentang karakter yang paling digemari oleh pelakon Bollywood ini sepanjang kariernya bergelar sebagai seorang pelakon. Namun siapa sangka, pertanyaan tersebut telah mendapat maklum balas oleh pelakon cantik jelita ini.

Menjawab pertanyaan tersebut, Kajol yang mula bertapak dalam bidang lakonan sejak tahun 1992 ini memberitahu bahawa watak Anjali merupakan watak kegemarannya. Tambah pelakon Bollywood ini lagi, watak tersebut adalah sama dengan dirinya.

‘I love you’

Sementara itu, Sharifah Amani turut membalas tweet pelakon Bollywood tersebut dengan memberitahu bahawa dia turut menggemari karakter Anjali seperti yang dimaksudkan Kajol. Tambahnya lagi, dia juga mengagumi watak Simran.

Dalam kesempatan itu, Sharifah Amani meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana memperkenalkan wanita-wanita hebat seperti Kajol kepada dunia.

Tahniah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan teruja dengan komen balas pelakon terkenal Bollywood ini.

Sumber: Kajol, Sharifah Amani

SKIP THIS AD ×